YAB Datuk Seri Mohd Najib
Tun Abdul Razak,
RAKYAT Sabah mengalu-alukan
kedatangan YAB Datuk Seri ke Sabah pada 11 Ogos ini kerana tidak sabar
menantikan pengumuman RCI yang menjadi kini bukan lagi agenda pilihanraya,
malah mimpi ngeri rakyat Sabah.
Namun berita palsu yang
disiarkan oleh alat propaganda UMNO seperti TV3, Berita Harian dan sebagainya
yang hanya sibuk menyiarkan tentang bagaimana kerajaan dengan tegasnya
menangani isu PATI; sebenarnya hanyalah lakonan semata-mata bertujuan untuk
mengelabui mata rakyat yang mudah terpengaruh dengan media kerajaan dan rakyat
yang tidak mendapat liputan atau membaca internet.
Sebaliknya pula, di satu
kawasan pedalaman Sabah pula, yang tidak disiarkan dimana-mana alat propaganda
kerajaan, ramai guru sandaran tidak terlatih (GSTT) yang telah berkhidmat untuk
jangka masa yang lama tetapi disebabkan mereka tidak mempunyai kelayakan yang
sesuai kerana tidak mahu atau tidak mampu (kerana terlalu jauh) mengikuti KDC (Kursus
Dalam Cuti) di Maktab Perguruan (IPG), menyebabkan mereka telah disingkirkan
daripada berkhidmat di Jabatan Pelajaran Negeri Sabah.
Gaji mereka telah dihentikan
semata-mata kerana tiada kelayakan yang sesuai walaupun telah berkhidmat untuk
tempoh yang lama. Tetapi yang peliknya, Arsad Alwi Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (PK HEM DG44)
SMK Balung yang telah terbukti tidak memiliki kad pengenalan yang sah, masih
lagi berkhidmat tanpa dikenakan sebarang tindakan oleh kerajaan.
Walaupun banyak laporan
polis telah dibuat dan isu Arsad telah dibawa ke parlimen oleh Datuk Seri
Panglima Wilfred Mojilip Bumburing dan Datuk Chua Soon Bui, namun Menteri
Pelajaran dan 220 Ahli Parlimen Malaysia termasuk Datuk Seri masih membutakan
mata terhadap ketidak wajaran ini sehingga menyebabkan hati anak jati Sabah
terguris oleh penghinaan luar biasa ini.
Buktinya, walaupun Arsad adalah anggota subversif, namun masih
menerima gaji untuk Jun dan Julai dan kini tengah sibuk menilai Sasaran Kerja
Tahunan (SKT) guru-guru di bawah seliaannya. Apakah guru-guru di SMK Balung
tidak sedar bahawa pada hakikatnya mereka dinilai oleh seorang yang boleh
dikategorikan sebagai PATI dan Komunis?
Bahkan sesiapa sahaja yang
disyaki oleh Arsad Alwi sebagai pembocor maklumatnya pasti akan mendapat markah
SKT yang rendah sebagai pelampias dendam dan amarahnya.
Sebagai rakyat Sabah,
sekalipun tidak suka dengan tindakan Bumburing, namun tindakannya adalah demi
membela maruah rakyat Sabah yang telah lama tertindas oleh Dasar
Kewarganegaraan luar tabii yang dilaksanakan Kerajaan Malaysia di era Tun Mahathir
Mohammad menjadi Perdana Menteri.
Berapa ramai lagi pemimpin
Sabah yang harus mengorbankan diri demi menyelamatkan maruah ketika Kerajaan
1Malaysia pimpinan YAB Datuk Seri menjadikan 'Janji Ditepati' sebagai Tema Hari
Kebangsaan 2012; sedangkan dalam masa yang sama isu PATI dan kerakyatan
songsang di Sabah sejak 1970-an gagal ditangani Kerajaan Persekutuan?
Untuk renungan YAB Datuk
Seri, apakah bezanya Arsad Alwi dengan GSTT di kawasan pedalaman Sabah? Guru-guru
sandaran di kawasan pedalaman Sabah adalah merupakan rakyat jati Sabah serta
mempunyai dokumen pengenalan diri yang sah, tetapi tidak memiliki kelayakan yang
sepatutnya (GSTT); manakala Arsad Alwi pula seorang yang mempunyai ijazah
pendidikan daripada Universiti Kebangaan Rakyat Malaysia (USM) tetapi tidak
memiliki sebarang dokumen pengenalan diri yang sah atau boleh dipanggil sebagai
PATI. Mana satu yang lebih dasyhat?
Relakah YAB Datuk Seri
membiarkan guru-guru tempatan berada di bawah pentadbiran seorang PATI? Apakah
tindakan kerajaan UMNO di dalam menangani isu-isu seperti ini? Apakah pula
tindakan Menteri Pelajaran Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Muhyiddin Yussin selaku
Pengarah Pelajaran Negeri Sabah, iaitu anak jati Sabah pertama dilantik ke
jawatan itu?
Ketika ini pun, Arsad Alwi
dengan bangganya sedang memperlekeh-lekehkan sistem perundangan negara kepada
suku-sakatnya kerana beranggapan bahawa kerajaan membela orang sepertinya dan
tidak mengambil sebarang tindakan ke atasnya.
Arsad tanpa segan silu menyebarkan
maklumat kepada staf SMK Balung dan para pelajar SMK Balung bahawa kad
pengenalan H0740273 adalah miliknya dan telah disalahgunakan oleh Ramli Rasim
(pemilik asal KP- Sila rujuk 'RCI Satu Malapetaka Di Sabah'.
Cuba YAB Datuk Seri bayangkan
kalau ada 100 orang seperti Arsad Alwi dalam sistem pentadbiran dan keselamatan
negara? Apakah yang akan berlaku kepada Negeri Sabah dan Malaysia ketika YAB
Datuk Seri masih lagi menyanyikan gurindam dan pantun seloka; tanpa rasa malu menghebahkan
'Janji Ditepati' untuk menubuhkan RCI?
Salam Hormat,
GURU TERTINDAS SMK BALUNG
RCI tu berita palsu? alat propaganda? guru ni sendiri ada buat laporan polis ka berkenaan dengan kes guru besar tu? kalau tidak ada, sama juga la laporan ni hanya palsu semata2 untuk memberikan kelebihan kepada pembangkang..
ReplyDeleteDiharap lepas PM menjelaskan lebih lanjut mengenai RCI pada 11 August, pelaksanaan akan terus disegerakan.
Deletebagi kes Arsad ni kenapa bukan Ramli Rasim sendiri yang buat laporan polis? bawa sekali dokumen2 yang mengesahkan bahawa beliau benar2 pemilik sebenar IC yang dipegang oleh Arsad..
ReplyDeleteRCI perlu disegerakan untuk menangani masalah yang berkaitan.
ReplyDeletememang betul...najib akan umumkan TOR pada sabtu ini dan diharap TOR itu akan bertepatan dengan kehendak rakyat sabah.
Deletekita dgr bagaimana TOR RCI tersebut, adakah ia akan diterima rakyat.
Deleteharap RCI akan dapat selesaikan masalah pati.
DeleteApa pun 11hb Ogos ini pembentangan ROS untuk RCI.
ReplyDeletekita tunggu dan lihat...
Deleteura-ura penubuhan RCI ini telah lama diperkatakan...
ReplyDeletedan, rakyat sudah tidak sabar untuk menunggu penubuhan RCI ini...
ReplyDeletesebab, ini sememangnya permintaan rakyat dari dulu lagi
ReplyDeleteharap kerajaan akan mempertimbangkan perkara ini sedalam-dalamnya
ReplyDeleteapapun, mari kita tunggu dan lihat apa yang akan berlaku seterusnya.
ReplyDeleteRCi nak ditubuhkan, ada sudah pihak nak manipulasikan hal ini.
ReplyDeletepasti ada saja pihak yang memanipulasikan pekara seperti ini.
Deletesebarang pekara yang dilaksanakan perlulah dibuat dengan eliti agar ianya berjaya.
ReplyDeletepanel RCI sudah pun dilantik. harap mereka akan menjalankan tugas dengan sebaiknya.
ReplyDeleteAktiviti panel RCI juga harus dipantau agar golongan ini menghala arah yang positif.
Deletesemoga masalah pati akan berjaya diselesaikan dengan sepenuhnya.
ReplyDeleteHopefully the RCI panel lead by Former High Court judge of Sabah and Sarawak Tan Sri Steve Shim is able to help find out the truth and come up with the best solution for the illegal immigrant problem by GE-13.
DeleteKerajaan harus ikhlas untuk menyelesaikan masalah PATI.
ReplyDeletePanel harus diberi peluang kepada wakil Sabahan juga.
ReplyDeleteThe panel is made up of former Universiti Malaysia Sabah vice chancellor Datuk Dr Kamaruzaman Ampon , former Sabah Attorney General Tan Sri Herman Luping , former Kuala Lumpur police chief Datuk Henry Chin and former State Secretary Datuk KY Mustafa. Former High Court judge of Sabah and Sarawak Tan Sri Steve Shim has been appointed to head the RCI panel.
DeleteHopefully the members of the RCI panel gets the Sabahans approval.
Projek IC tibalah masa untuk ditamatkan.
ReplyDeleteThe dubious voters needs to be eliminated from the electoral polls, hopefully the RCI panel lead by Steve Shim will be able to do their best to help resolve the illegal immigrant problems. Just wait and see.
DeleteRCI akan menyiasat projek IC yang telah lama dijadikan isu di Sabah.
DeleteAt last the RCI been setup, now hoping for positive outcome.
ReplyDeleteThe RCI Panel will have 6 months to make their investigation on the Project IC issue. Hopefully they will be able to find out the truth and address the illegal immigrants problem before the next GE. We should just let them do their job.
DeleteV. K Liew said the goverment have set up a RCI Panel, they are only waiting for the right time to announce it. Datuk Najib Razak juga announced the RCI Panel which is lead by Steve Shim. Hopefully the 6 month inquiry will begin before the GE-13.
ReplyDeleteSuara2 pembangkang jangan didengar. Segala usaha kerajaan untuk menyelesaikan masalah PATI di Sabah akan disabotaj oleh pembangkang.
ReplyDelete