TAWAU : Jabatan Imigresen
Sabah menasihati majikan dan pekerja asing di Sabah agar berhati-hati dengan 'Ulat
Pasport' yang menawarkan perkhidmatan pembaharuan dokumen mereka.
Mendedahkan kegiatan itu
kepada media di sini malam tadi, Pengarah Jabatan Imigresen Sabah Mohammad
Mentek berkata kegiatan yang didalangi rakyat tempatan dan asing tersebut
memalsukan dokumen pekerja asing, kononnya telah diperbaharui.
“(Ada) Pekerja dan majikan
mendakwa pas kerja mereka telah disambung (diperbaharui). Bagaimanapun ketika
disemak di pejabat Jabatan Imigresen, dokumen berkenaan belum diterima,”
katanya yang ditemui selepas majlis berbuka puasa bersama tenaga kerja jabatan,
di sini.
Mohammad berkata pihaknya
telah mengenal pasti individu terlibat dan sedang menjejaki mereka.
Beliau juga meminta majikan
dan pekerja merujuk kepada jabatan itu jika berasa sangsi terhadap sebarang dokumen
yang dikeluarkan oleh agensi pekerjaan.
Mengenai agensi pekerja
asing di Sabah, Mohammad berkata pada masa ini terdapat 53 agensi pekerjaan
berdaftar namun daripada jumlah itu hanya 20 yang aktif.
Katanya setiap petugas
agensi pekerja asing diberi kad khas yang dinamakan “A Kad” dan dikeluarkan
oleh Jabatan Imigresen.
Mohammad juga mengingatkan
majikan supaya tidak menggaji warga asing yang tidak memiliki dokumen peribadi
sah dan pihaknya tidak akan bertolak ansur terhadap majikan yang melanggar peraturan
itu.
“Setakat ini, seramai 15
majikan telah ditahan kerana menggaji pekerja asing tanpa sebarang dokumen. Ada
di antara mereka telah dikenakan denda sehingga RM30,000. Kebanyakan majikan
berkenaan adalah dalam sektor perkhidmatan seperti restoran,” katanya.
Sementara itu Mohammad
berkata Jabatan Imigresen Sabah telah mendaftarkan sebanyak 161,370 pekerja
asing sepanjang program 5P lalu. (Bernama)
Perkara ini perlu diteliti dengan baik dan perlu disiasat.
ReplyDeleteMemang ramai yang mengambil kesempatan dalam kesempitan. semuanya sebab wang.
ReplyDeletekalau mau memperbaharui dokumen, pergilah terus kepada pihak/jabatan yang diiktiraf.
ReplyDeleteJangan guna orang tengah untuk segala urusan, lebih baik terus ke jabatan yang sepatutnya.
DeleteRakyat tempatan pun ada terlibat, ini memang menyedihkan. Segerakan tangkapan.
ReplyDeletesebaiknya rujuk kepada imigresen terlebih dahulu, guna orang tengah mmg berisiko.
ReplyDeleteIt's better to go directly to the Immigration Department for any renewal of passport or workers pass to avoid any problems. Employers should also hire only foreign employees with valid documents, failing to do so can get the employers fined up to RM30,000.
DeleteAll employers and foreign workers should be careful as advised by the Immigration Department. Many individuals that offer passport renewal service, these people are not in any way related to the Immigration departments and does not guarantee that the passport or workers pass are being renewed officially.
ReplyDelete