Oleh : ABU BAKAR ESAH
BEAUFORT:Menteri Pembangunan
Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Sabah datuk Azizah Mohad Dun berkata rakyat
tidak perlu menukar kerajaan kerana kerajaan BN sudah terbukti berupaya membawa
pembangunan dengan cemerlang sejak merdeka lagi.
“Tidak perlu lagi ada orang
lain membawa perubahan... tuan-tuan dan puan-puan. Tidak perlu tukar kerajaan
kerana BN sudah berjasa kepada rakyat sejak mula merdeka sehiunggalah sekarang
ini. Inilah yang telah dibuktikan Janji Ditepati."
Beliau berkata melalui
perjuangan pemimpin BN terdahulun telah banyak membawa perubahan kepada
pembangunan negara dan kesejahteraan rakyat.
“Sekiranya negara ini tidak
merdeka, kita tidak akan dapat melihat terang benderang ada lampu terpasang,
yang merasa panas ada kipas terpasang, yang mahu berjalan-jalan ada jalan raya
yang cantik berturap, yang mahu mendapat pendididkan ada sekolah di mana-mana.
“Maka bersyukurlah kita
sebagai rakyat Malsysia yang ada di Negeri Sabah ini , yang ada di Daerah
Beaufort ini kerana kemerdekaan telah mengubah nasib kita.
“Apabila Nenek-nenek kita,
bapa-bapa kita berjuang untuk kemerdekaan janji mereka akan membuat perubahan
kepada rakyat. Alhamdulillah kita melihat perubahan itu berlaku. Apabila kita
telah merdeka para pemimpin kita berusaha kuat untuk menegeluarkan rakyat
daripada kemiskinan. Yang tidak ada pelajaran dibantu untuk mendapat pelajaran
termasuk untuk melanjutkan pelajar di luar negara,” katanya.
Beliau berkata demikian pada
majlis Berbuka Puasa sempena menyambut ketibaan Konvoi Merdeka 55 Tahun Merdeka
Janji Ditepati anjuran Biro Tatanegara (BTN), Kerajaan Negeri dan Jabatan
Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN).
Ketibaan sebanyak 30
kenderaan dengan seramai 87 peserta daripada 27 agensi menyertai konvoi yang
bermula dari Tawau itu tiba di perkarangan Masjid Limbawang di sini pada jam
4.15 petang.
Hadir sama pada majli itu,
Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan; Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun)
Lumadan, Kamarlin Ombi; Setiausaha Politik kepada menteri Pembangunan
Infrastruktur Sabah, Isnin Aliasnih; Pengarah BTN Sabah,. Ibrahim Saad;
Pengarah JPNIN Sabah, Nurul Akmalina Shamsudin; Pegawai Daerah Beaufort, Wong
Foo Tin,; Penolong Pegawai Daerah Beaufort, Mohd Shaid Othman; Pegawai Perpaduan
JPNIN Daerah Beaufort, Awang Anak Ab Sani dan Ketua Pergerakan Puteri Umno
Beaufort, Saridah Mohd Dun.
yang juga Adun Klias
mengajak rakyat berterima kasih kepada kerajaan yang telah menunaikan janji
kepada rakyat dan mensyukuri nikmat kemerdekaan.
“Sejak merdeka sehingga
sekarang, semua apa yang diperlukan oleh rakyat dan yang telah dijanjikan telah
ditunaikan oleh kerajaan BN. Kerajaan juga akan meneruskan usaha menunaikan
semua janji, oleh kerana itu marilah kita sama-sama mensyukuri nikmat kemerdekaan
ini kerana kita beruntung mempunyai kerajaan yang sentiasa prihatin terhadap
kebajikan rakyat,” katanya.
“Mungkin di negara lain itu
rakyatnya mengadakan demonstrasi, berbunuhan sesama sendiri disebabkan kerajaan
mereka memperlekehkan rakyat, menidakkan nasib rakyat dan membiarkan rakyat
dalam keadaan miskin. Tetapi kerajaan BN sentiasa melihat keperluan rakyat, ada
program basmi kemiskinan melalui pelbagai program,” katanya.
Justeru itu kata adalah
menjadi tanggungjawab besar rakyat negara ini untuk sama-sama memastikan
kemerdekaan negara ini dapat dijag dengan baik walau apa pun cabarannya.
“Kita mestilah pastikan agar
kemerderkaan negara kita ini dapat kita jaga dengan baik dan dapat terus kita
pertahankan walau apapun cabaran, walau apapun yang melanda, walau apapun
hasutan yang datang demi masa depan yang
baik untuk anak bangsa kita,” katanya.
Pada majlis itu Azizah
menyerahkan Jalur Hgemilang kepada semua Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Daerah
Beaufort. Beliau juga turut menyampaikan sumbangan Ramadan kepada 50 penduduk
kurang bernasib baik terdiri daripada warga emas, ibu tunggal dan orang kelainan
upaya (OKU).
Itulah yang patut kita sokong. Tidak perlu lagi menukar kerajaan kerana yang ada sekarang ini pun sudah mencukupi untuk kita.
ReplyDeleteBuatlah perbandingan dan penilaian antara kerajaan dan juga pembangkang. pasti rakyat akan tahu siapa yang lebih layak untuk menerajui pemerintahan negara ni.
ReplyDeletekelemahan dan kekurangan dalam mana2 pemerintah memang tidak dapat dihindari. tiada yang 100% sempurna.
ReplyDeleteSegala kelemahan perlu diperbaiki dan kualiti harus ditingkatkan.
DeleteTunaikan apa yang telah dijanjikan adalah perlu, tu semua adalah untuk rakyat.
ReplyDeletekerajaan byk menunaikan janji2 mereka, walaupun masih ada belum tertunai, ia pasti akan ditunaikan jg nnti.
ReplyDeleteHopefully the government will continue to do their best to serve the people so that they can retain the people's support during the next general elections.
ReplyDeleteDemonstration is not the best way to resolve any problems, use the right platform to express your views.
ReplyDelete