Friday, 10 August 2012

INGATI SEJARAH DEMI PERTAHANKAN KEMERDEKAAN





KONTINJEN.... Konvoi Merdeka 2012 merakamkan gambar kenangan bersama Azizah, pemimpin masyarakat dan pegawai kerajaan sebelum meneruskan jelajah ke Wilayah Persekutuan Labuan.

BEAUFORT: Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Sabah, Datuk Azizah Mohd Dun telah menyempurnakan upacara pelepasan Konvoi Merdeka 55 Tahun Merdeka Janji ke destinasi setrusnya iaitu Menumbok dan Wilayah Persekutuan Labuan.

Seramai 87 peserta dari 27 agensi menyertai jelajah yang bermula 1 Ogos lalu di Tawau dan akan berakhir di SMK II Bongawan Papar pada majlis Berbuka Puasa Zon 3 yang turut dijangka akan dihadiri Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Azizah yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Klias itu dalam ucapannya mengajak rakyat mengingati sejarah perjuangan pemimpin terdahulu yang telah banyak berkorban untuk mendapatkan pembangunan dan perubahan yang rakya ikmati pada masa ini.

“Laungan merdeka yang berkumandang 55 tahun dahulu amat bermakna dan menggembirakan dan semangat itu  terus kita rasai hingga ke hari ini  dan ianya perlu ada kesinambungan kepada generasi akan datang,” katanya.

“Rakyat juga harus menyedari bahawa sebuah kemerdekaan juga sering dicabar justeru itu kita mestilah mengingati sejarah. Apabila kita lupa sejarah kita akan beranggapan bahawa kita hanya berada dalam keadaan selesa dan ia akan membuat kita alpa dan tidak mampu menangkis tindakan segelintir pihak yang tidak bertanggungjawab dan akhirnya keharmonian negara kita akan terjejas,” katanya.

Hadir sama Pegawai Daerah Beaufort, Wong Foo Tin; Pengarah Biro Tatanegara (BTN) Sabah, Ibrahim Saad; Ketua Daerah Dun Klias, Wong Sameh; Pemimpin Kemajuan Rakyat, Saidin Museh dan Pegawai Perpaduan Daerah Beaufort, Awang Anak Ab Sani.

No comments:

Post a Comment