KOTA KINABALU : Rakyat di
negara ini digesa agar tidak memperkecilkan kredibiliti Suruhanjaya Siasatan
Diraja (RCI) yang ditubuh bagi meneliti isu pendatang tanpa izin di Sabah.
Menteri Pelancongan,
Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah Datuk Masidi Manjun berkata rakyat sepatutnya
memberi peluang kepada RCI melaksanakan tanggungjawabnya.
“...kalau tidak, permintaan
kita untuk RCI ini jadi usaha yang sia-sia,” katanya kepada pemberita selepas
menghadiri majlis berbuka puasa kementeriannya, di sini semalam.
Beliau diminta mengulas
kenyataan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad semalam, yang antara
lain mempertahankan peningkatan bilangan pendatang di Sabah dan golongan itu
layak diterima sebagai warganegara kerana telah berdekad tinggal di Malaysia
dan boleh bertutur dalam bahasa Melayu.
Jumaat lepas, Perdana
Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dilapor berkata beliau akan mengumumkan
perincian RCI apabila melawat Sabah hujung minggu ini.
Mengulas lanjut, Masidi
berkata penduduk tempatan tidak senang dengan peningkatan penduduk di Sabah
kerana “agak membimbangkan berbanding negeri lain”.
Berdasarkan jawapan di
Parlimen tahun lepas, penduduk Sabah yang berjumlah 651,304 pada 1970 meningkat
kepada 929,299 sedekad kemudian. Bagaimanapun bagi tempoh dua dekad selepas
itu, populasi Sabah meningkat secara ketara kepada 1.5 juta dan dicatat pada
2,468,246 orang menjelang 2000.
Masidi juga menegaskan tidak
ada jalan pintas dalam mendapatkan taraf kewarganegaraan dan peruntukan
undang-undang mesti dipatuhi sepenuhnya pada setiap masa.
“Saya percaya terma rujukan
RCI akan meliputi cara menangani isu itu terutama berhubung dakwaan
kewarganegaraan yang diragui. Jika seseorang itu layak sebagai rakyat, kita
terima. Ini bukan suatu yang ganjil di Sabah,” katanya. (Bernama)
Mengenai RCI ini rasanya PM pasti akan meluluskan penubuhannya. Ini bagi memastikan suara penduduk Sabah dapat ditunaikan.
ReplyDeleteEsok Najib akan umumkan sudah terma dan rujukannya. lepas tu mungkin akan terus dilaksanakan.
Deletemoga terma rujukan RCI yang diumumkan adalah terbaik dan dpt diterima.
DeleteThe Sabahan's feedback needs to be taken into consideration.
DeleteIni satu perkara yang serius yang patut ditangani di Sabah.
ReplyDeleteThe RCI is a long awaited decision from the government, hopefully the people will get good news soon.
DeleteBanteras habis2an warga asing yang dapat kerakyatan Malaysia secara tidak sah.
ReplyDeleteKerakyatan songsang adalah salah disisi undang2 an patut dikenakan tindakan.
DeleteHopefully the illegal immigrant problem will be successfully reduced within the state.
DeleteRCI tidak patut dipandang remeh. RCI adalah kaedah untuk menyelesaikan masalah PATI di Sabah.
ReplyDeleteBiar la RCI dilaksanakan, pembangkang hanya memutar belit saja.
DeleteRCI penting dalam menyelesaikan masalah PATI.
ReplyDeleteWe need to have the RCI before the next general elections so that the electoral rolls can be clean up by GE 13.
DeleteHopefully Dr Mahathir will not interfere Datuk Najib's decision to set up the RCI in Sabah, the illegal immigrant's issue should not be taken lightly.
ReplyDeleteBetul. Jangan memperkecilkan RCI. RCI ditubuhkan atas permintaan ramai rakyat Sabah.
ReplyDelete