Friday, 3 August 2012

KENYATAAN PPS HANYA GIMIK POLITIK




Oleh : ABDUL BAKAR ESAH

BEAUFORT: Pergerakan Wanita Umno Bahagian Beaufort masih kukuh dan mantap dan akan terus merapatkan barisan perjuangan untuk membela rakyat dan memastikan kemenangan BN khususnya di kawasan Parlimen Beaufort pada pilihanraya yang akan datang.

Setiausaha Pergerakan Wanita Umno Bahagian Beaufort, Fatimah Asiah Ibrahim berkata kenyataan yang mengatakan bahawa ramai Ahli Jawatankuasa Wanita dan Pemuda Umno Bahagian Beaufort tidak lagi menyokong Umno adalah semata-mata gimik politik.

“Kita yakin bahawa sebahagian besar AJK Wanita, Pemuda, Puteri dan AJK Umno Bahagian ini secara keseluruhannya bersikap matang dan taat setia kepada parti untuk  meneruskan perjuangan Umno-BN,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika membidas kenyataan akhbar oleh Ahli Jawatankuasa Pakatan Perubahan Sabah (PPS) Ahmad Said pada 2 Ogos di media tempatan, yang mengatakan tindakan Ahli Parlimen Beaufort, Datuk Seri Panglima Lajim Ukin melepaskan semua jawatan politik dan menubuhkan PPS mendapatkan sokongan sebilangan anggota Wanita dan Pemuda Umno Bahagian Beaufort tetapi tidak mahu mendedahkan identiti mereka.

Fatimah Asiah berkata, beliau dan seluruh anggota Wanita Umno Beaufort turut yakin bahawa BN masih mendapat kepercayaan rakyat di Dun Klias dan Parlimen Beaufort.

“Rakyat di sini sudah matanng dan saya yakin mereka akan terus menyokong BN dan kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman serta seluruh kepimpinan BN di semua peringkat.

“Kenyataan itu cuma satu gimik politik yang bertujuan mengelirukan rakyat untuk mendapatkan sokongan dalam agenda politik peribadi mereka,” katanya.

Sementara itu, Ketua Wanita Umno Cawangan Kg Bawang Beaufort Suzilah Abdullah, meminta sekiranya benar-benar ada Ahli Jawatankuasa (AJK) Wanita, Pergerakan Pemuda Umno dan AJK Umno Bahagian Beaufort menyokong tindakan Lajim itu agar tampil ke hadapan.

“Jadilah seorang yang berani dan jangan berselindung di sebalik nama BN kerana ini boleh merosakkan kepercayaan rakyat dan menghancurkan perpaduan yang sedia ada.

“Kalau rasa tidak mahu lagi bernaung di bawah payung BN, letaklah jawatan secara bermaruah sebelum dipecat apabila tembelang terbongkar."

Beliau berkata, kenyataan Ahmad mengenai wujudnya anggota Wanita dan Pemuda juga menyokong Lajim Hj Ukin tetapi tidak mahu identiti merteka didedahkan adalah satu sikap pengecut dan tidak bermaruah.

“Berani kerana benar, takut kerana salah. Jadi mereka ini sebenarnya tidak berani menampilkan diri, bagimanapun tindakan itu tidak akan menjejaskan kesetiaan anggota Wanita, Pemuda dan Puteri Umno yang masih terus menyokong BN dan kepimpinan Najib dan Musa.

"Saya selaku Ketua Wanita Umno Cawangan Kg Bawang bersama ketua-ketua cawangan yang lain di kawasan Dun Klias dan Parlimen Beaufort serta semua ahli Umno menyokong  dan  berdiri teguh dalam barisan kepimpinan BN," katanya dengan penuh keinsafan.

5 comments:

  1. Tidak perlu berselindung kalau memang mahu menyokong Lajim. lama kelamaan ketahuan juga.

    ReplyDelete
  2. Pemimpin yang keluar parti memang ramai yang mahu tubuhkan pertubuhan/parti sendiri untuk kepentingan diri sendiri.

    ReplyDelete
  3. UMNO Beaufort tetap akan kukuh tanpa Lajim.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lajim'd withdrawal is small matter.

      Delete
  4. PPS is a newbie. Don't think they can get a lot of supporters.

    ReplyDelete