Oleh : NOMY NOZWIR
KUALA LUMPUR : Lim Kit Siang
hari ini menyoal kemampuan pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak
dalam kedudukan QS World University Standard Rankings 2012 yang akan diumumkan
20 hari dari sekarang.
Katanya, semasa Najib
menjadi Timbalan Perdana Menteri pada tahun 2005, beliau telah berjanji untuk
melonjakkan Universiti Malaya dari tangga ke 89 pada tahun 2004 kepada tangga
ke 50 menjelang tahun 2020.
“Malangnya, daripada
menyahut cabaran Najib dengan menambah baik ranking THES, universiti terulung
ini menjunam pada tahun 2005 dan 2006 dengan kedudukan ditangga 169 dan 192
masing-masing, dan pada tahun 2007 dan 2008 terkeluar daripada senarai 200 universiti
terbaik dunia sekaligus,” kata Lim dalam satu kenyataan media yang dihantar
kepada The Malaysian Insider hari ini.
“Dalam 2009, Universiti
Malaya telah muncul semula dalam senarai 200 universiti terbaik dunia pada
tangga 180 tetapi pada 2010, ia menjunam semula daripada senarai 200 universiti
terbaik dunia apabila menduduki tangga 207.”
Bagi kedudukan QS 200
universiti terbaik dunia tahun 2011, Universiti Malaya muncul kembali dalam
senarai 200 universiti terbaik dunia pada kedudukan ke-167.
“Dalam ranking Universiti
Dunia THES-QS tahun 2009, Universiti Malaya melonjakkan kedudukannya sebanyak
50 tempat dari kedudukan 230 pada tahun 2008 kepada 180 dalam 2009; sementara
dalam ranking Universiti Dunia QS 2011, Universiti Malaya meningkat
kedudukannya dari tangga 207 pada 2010 kepada 167 dalam 2011,” kata Lim lagi.
“Ranking Universiti Dunia QS
2012 akan diumumkan dalam 20 hari lagi. Mampukah Universiti Malaya melonjak
dari kedudukannya seperti dalam tahun 2009 dan 2011 untuk kembali mengukir nama
sebagai yang tergolong dalam senarai 100 universiti terbaik sebelum 2005?”
Baru-baru ini, lima
universiti tempatan dimasukkan dalam ranking Universiti Terbaik Dunia dalam
U.S. News dalam 100 Universiti Asia Terbaik tetapi menurut ahli parlimen Ipoh
Timur itu bukanlah sesuatu yang patut dibanggakan.
“Universiti Terbaik Dunia
dalam U.S. News sebenarnya berdasarkan ranking QS 300 Universiti Asia Terbaik
2012 pada 30 Mei tahun ini, yang menggambarkan bahawa walaupun Universiti
Malaya telah meningkatkan kedudukannya secara keseluruhan berbanding dengan
ranking 2011, kebanyakan universiti dari Malaysia menunjukkan penurunan ranking
berbanding 2011,” kata Lim lagi.
“Sebaliknya, Universiti
Singapura (yang setanding taraf antarabangsa dengan Universiti Malaya 45 tahun
yang lalu) menduduki tangga kedua dalam Universiti Asia Terbaik sementara
Universiti Teknologi Nanyang (NTU) menduduki tangga ke-17 — jauh dihadapan
daripada kedudukan Universiti Malaya.
“Negara Asia yang lain mula
muncul dan tampil kehadapan dalam rancangan pengajian tinggi dan penting agar
negara Malaysia tidak ketinggalan,” kata Lim.
No comments:
Post a Comment