MESRA…Suhaimi
begitu mesra dengan para wartawan semasa menjamu selera juadah berbuka puasa
Oleh : SHAIMON S JUMADI Foto : MAZLAN JANUARY
PERGERAKAN Pemuda UMNO
Bahagian Libaran siap siaga menghadapi pilihanraya umum ke 13 ini (PRU 13) pada
bila-bila masa sahaja diadakan dari sekarang kerana akar umbi kini sudah
bersiap sedia sepenuhnya membantu UMNO dan Barisan Nasional (BN) untuk
memenangi semua kerusi Parlimen Libaran, DUN Sungei Sibuga dan DUN Gum-Gum.
Ketua Pemuda UMNO Bahagian
Libaran, Suhaimi Haji Nasir berkata demikian pada sidang Media sejurus selepas
Majlis Berbuka Puasa bersama para wartawan daripada pelbagai media cetak, Elektronik
dan Portal Online di sebuah hotel terkemuka malam tadi yang dianjurkan oleh
Pemuda Bahagian UMNO Libaran.
Katanya, melalui kerjasama
erat yang ditunjukkan oleh seluruh ahli UMNO dan komponen BN memang berkeyakinan
penuh bahawa ketiga-tiga kerusi yang ditandingi oleh calon-calon BN mampu mempertahankan
kerusi berkenaan dengan majoriti yang besar pada PRU 13 nanti.
“Jangan mimpilah parti-parti
pembangkang seperti PKR (Pakatan Rakyat) boleh memiliki ketiga-tiga kerusi
tersebut kerana kawasan Libaran yang meliputi DUN Sungei Sibuga dan Gum-Gum
adalah kubu kuat UMNO dan Barisan Nasional (BN) sejak dulu sehingga sekarang,”
tegas Suhaimi.
Apapun jelas Suhaimi,
pihaknya akan meneruskan usaha menggembleng tenaga dalam meningkatkan kerjasama
yang erat agar segala usaha untuk memenangi semula ketiga-tiga kerusi tersebut
tercapai seperti pilihanraya pada 2008 lalu.
Katanya lagi, sehingga ke hari
ini keyakinan dan kepercayaan rakyat terhadap perjuangan UMNO dan BN masih
kental dan mereka masih setia kepada kedua pucuk pimpinan UMNO Negeri dan
Persekutuan iaitu Dato’ Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak dan Datuk Seri Musa Hj
Aman untuk menerajui kepimpinan UMNO/BN untuk selama-lamanya.
Ini jelas dan terbukti
tambah Suhaimi, apabila setiap program yang dianjurkan oleh UMNO/BN mendapat sambutan
rakyat yang begitu memberangsangkan di luar jangkaan masyarakat setempat kerana
yang dekat dan jauh berduyun-duyun menghadirinya.
“Sempena bulan Ramadan
Al-Mubaraq yang penuh berkat ini, saya selaku Ketua Pemuda UMNO Bahagian
Libaran dalam kesempatan ini mengucapkan jutaan terima kasih atas kerjasama sama sepenuhnya para media seperti
Akhbar New Sabah Times, Portal Online Sabahkini.Net, Utusan Borneo, Bernama dan
RTM kerana sentiasa mengikuti perkembangan UMNO Libaran dalam menyiarkan pada
setiap masa apa jua program yang dijalankan oleh UMNO,” ujarnya.
Itulah yang kita harapkan sebenarnya. Supaya semua pihak bersatu memastikan satu kejayaan dapat dikecapi.
ReplyDeleteKerajaan yang ada sekarang ini adalah kerajaan yang terbaik untuk kita penduduk Sabah. Kerana kita dapat lihat sendiri akan pembangunan yang dilakukan.
ReplyDeleteKerajaan sentiasa serius dalam membangunkan Sabah.
DeleteSemua ahli Umno BN perlu bergnading bahu untuk menang PRU13.
ReplyDeletePerpaduan dan kesatuan dalam parti BN penting dalam persediaan menghadapi PRU13
DeleteGood to know that the Libaran Pemuda Umno is prepared to face the GE-13 that would be held anytime from now. Even the grassroots are also ready to aid the Umno in winning majority seats in Libaran Parliament, DUN Sungei Sibuga and DUN Gum-Gum. Hope that the people will vote the best party in the next GE.
ReplyDeleteLooks like the Libaran folks are still in support for Datuk Najib and Datuk Musa's leadership. The Beaufort Bisaya community is also still loyal to the Prime Minister and Chief Minister.
ReplyDeleteRakyat pun pasti sudah bersedia untuk menunaikan tanggungjawab
ReplyDeleteyang penting sudah bersiap sedia.. pasal yakin menang atau tidak tu, fikirkan saja di kemudian hari..
ReplyDeletesaya yakin, bukan sahaja di kawasan Libaran, malah semua kawasan di Sabah akan di menangi oleh BN..
ReplyDeletePersiapkan jentera dari awal untuk hadapi PRU 13 ni.
ReplyDeletejgnkan Libaran, kawasan2 lain pun belum tentu pembangkang dpt rampas.
ReplyDelete