PENENTUAN.....Lee
Chong Wei akan bertemu musuh tradisinya Lin Dan pada perlawanan akhir esok
selepas pemain itu menewaskan pemain Korea Selatan Lee Hyun pada satu lagi aksi
separuh akhir.
PEKAN : Perdana Menteri
Datuk Seri Najib Tun Razak berkata seluruh rakyat Malaysia perlu bersama-sama
Datuk Lee Chong Wei dalam usaha beliau meraih pingat emas pertama negara pada
Sukan Olimpik.
Najib berkata Lee yang layak
ke final acara perseorangan badminton selepas menewaskan pemain China, Chen
Long 21-13, 21-14 dilihat mempunyai kekuatan mental dan emosi bagi menggenggam
emas negara.
Lee akan bertemu musuh
tradisinya Lin Dan pada final esok selepas pemain itu menewaskan pemain Korea
Selatan Lee Hyun pada satu lagi aksi separuh akhir.
“Rakyat Malaysia akan
memberi sokongan dan semangat dan saya katakan pada dia buatlah, menanglah
untuk Malaysia, lakukannya untuk Malaysia,” katanya kepada pemberita selepas
majlis penyampaian sumbangan zakat pada golongan asnaf bagi Parlimen Pekan di
sini, hari ini.
Turut hadir, isteri Perdana
Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor.
Najib berkata Lee mempunyai
peluang yang cukup besar untuk meraih pingat emas pertama serta cukup kuat
mental dan emosi untuk menghadapi cabaran Lin Dan.
Sementara itu, Rosmah berlepas
ke London untuk memberi semangat kepada Chong Wei.
Beliau yang juga penaung
Persatuan Badminton Malaysia (BAM) meminta semua rakyat Malaysia turut sama
berdoa agar Chong Wei berjaya mencapai kemenangan esok.
“Saya harap Chong Wei tidak
gentar menghadapi Lin Dan,” katanya. (Bernama)
No comments:
Post a Comment