Oleh : AHMAD FADLI KC
BEKAS pengarah Jabatan
Siasatan Jenayah Komersil Polis Datuk Ramli Yusuff akan menyertai PAS dalam
masa terdekat, kata Naib Presiden parti itu Salahuddin Ayub.
Menurutnya, beberapa
perbincangan telah berlangsung antara PAS dan Ramli berhubung perkara itu dan
perkembangan terbarunya juga "sangat positif".
"Dalam masa terdekat
pengumuman akan dibuat pimpinan tertinggi parti atau beliau (Ramli)
sendiri," katanya yang juga anggota parlimen Kubang Kerian.
Ketika dihubungi
Malaysiakini petang semalam, Salahuddin (atas) berkata, PAS amat mengalu-alukan
kemasukan Ramli yang dilihat mempunyai dorongan kuat untuk memperjuangkan
kebenaran.
"Bukan mudah untuk
seorang bekas pegawai polis berprofil tinggi seperti beliau membuat keputusan
menyertai PAS," katanya.
Sebelum ini, bekas pengarah
Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Fauzi Shaari turut menyertai PAS,
yang dilihat sebagai sebahagian daripada usaha parti Islam itu merekrut ahli
daripada pelbagai latar.
Pengumuman dijangka Ogos
atau September
PAS juga dilihat sedang
aktif menerima kemasukan kumpulan selebriti seperti pelakon Abby Abadi, Hairie
Othman dan penyanyi Aishah yang jarang-jarang berlaku sebelum ini.
Sementara itu, Setiausaha
PAS Kelantan Mohd Zaki Ibrahim sewaktu dihubungi Malaysiakini turut
membayangkan seorang lagi bekas penjawat awam tertinggi berasal dari Kelantan
akan menyertai parti itu.
"Saya yakin dalam
tempoh antara Ramadan dan Syawal, banyak lagi yang akan menyertai PAS dari
kalangan bekas penjawat awam.
"Saya rasa sebelum Ogos
(berakhir) atau September akan ada pengumuman dibuat berkenaan perkara
ini," katanya.
Ramli sebelum ini mencuri
perhatian apabila terdapat dakwaan beliau dianiaya ekoran konspirasi melibatkan
Peguam Negara dan Bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan untuk melindungi
Tokoh Kongsi Gelap Johor Goh Cheng Poh atau Tengku Goh pada 2007.
Musa bagaimanapun
menafikannya manakala Perdana Menteri pula menolak penubuhan tribunal untuk
menyiasat perkara itu kerana berpendapat ia hanya dakwaan dan "Dakwaan
perlu disahkan".
No comments:
Post a Comment