SERAH
…Masiung kelihatan menyerahkan replika cek bernilai RM20,000 kepada Persatuan
Warga Emas Daerah Kinabatangan.
Oleh : SHAIMON S JUMADI Foto : ISWADIMAN SHAMSUDDIN
AHLI Dewan Undangan Negeri
(ADUN) Kuamut, Masiung Banah berkata sebagai wakil rakyat BN beliau akan menumpukan
sepenuh perhatian terhadap pembangunan asas dan kemudahan-kemudahan lainnya
tetapi kebajikan sosial dan sosio ekonomi rakyat perlu juga diutamakan dan
terus terpelihara.
Katanya, dasar kerajaan Barisan
Nasional (BN) yang mendukung pemerintahan negeri Sabah akan sentiasa komited
dalam memberikan pelbagai bantuan kepada segenap lapisan rakyat tanpa mengira
bangsa dan agama.
Selain itu, tegas Masiung
rakyat yang inginkan kemajuan dalam kepesatan dalam aspek pembangunan hendaklah
terus memberikan sokongan terhadap segala usaha kerajaan untuk membawa
perubahan dalam aspek pembangunan ke kawasan luar bandar.
“Rakyat juga perlu bijak
memilih pemimpin dan parti pada pilihanraya umum akan datang ini yang dijangka
berlangsung pada bila-bila masa sahaja dari sekarang,” ujarnya.
Masiung berkata demikian
ketika berucap di majlis penyampaian sumbangan sebanyak RM20 ribu kepada
Persatuan Warga Emas Daerah Kinabatangan dan sementara sumbangan peribadi Wakil
Rakyat Kuamut sebanyak RM5,000 untuk Masjid Al-Jihad Kampung Pangkalan Bukit
Garam, kelmarin.
Ini jelas dan dapat
dibuktikan tambah Masiung bila mana kerajaan BN tetap menepati setiap janji
terhadap rakyat berbanding janji pihak pembangkang dan pemimpin bermusim yang
tidak pernah tertunai dan cakap berapi-rapi tetapi hanya menjual air liur sahaja.
“Untuk menikmati pelbagai
kemudahan asas dan lain-lain prasarana di setiap kawasan yang diwakili,
pelbagai jenis bantuan telah disalurkan kepada rakyat. Bantuan itu bukan sahaja
melalui peruntukan kerajaan, malahan pemimpin BN sentiasa menyalurkan bantuan
peribadi khususnya kepada golongan yang memerlukan,” ujarnya.
Katanya lagi, jika rakyat
mahukan pembangunan beterusan dan juga bantuan berterusan dari semasa ke
semasa, pastikan kerajaan yang sedia ada terus bersama kita selepas PRU ke 13
nanti.
Menurut Masiung, sehingga
kini pelbagai bantuan yang telah disalurkan oleh kerajaan ialah termasuk
Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) RM500.00; Bantuan 1 Azam,; Bantuan Teksi Rakyat
1 Malaysia (TR1MA); Program Bantuan
Rumah (PBR) dan bantuan Subsidi Minyak.
Untuk mengeratkan lagi
hubungan silaturahim antara pemimpin dan rakyat, Masiung bersama
penduduk-penduduk kampung Bukit Garam menghadiri Majlis berbuka puasa di Masjid
Al-Jihad.
Tidak hairan dengan pembangkang kalau macam ini. Siapa tidak kenal dengan pembangkang parti yang hanya tahu cakap kosong dan mencari kesalah orang lain.
ReplyDeleteyang juga terkenal dengan janji bulan dan bintang.huhu.
DeletePembangkang hanya tahu cakap sini sana tapi tidak ada apa-apa pun yang pembangkang lakukan untuk rakyat.
ReplyDeletePastikan janji2 yang sudah diberikan akan ditepati.
ReplyDeleteTunaikan janji memang patut bagi mereka yang berkuasa.
DeleteBerkidmatlah untuk rakyat pada wakil rakyat yang telah ditugas.
ReplyDeletepembangkang hnya tau cakap kosong dan membangkitkan pelbagai isu, tapi tak ada tindakan dari mereka.
ReplyDeleteThe people must learn to make their own judgement, sweet promises are easy to make but not as easy to fulfill. Please vote based on the parties with capabilities to become a good government rather than voting based on emotion or sweet promises.
DeleteHope that Masiung Banah will do his best to serve the Kuamut community in developments as well as social and socioeconomic development of the local people. The government must fulfill their promise to serve all citizens regardless of race and religion.
ReplyDelete